Monday, August 8, 2011

jarum yang menusuk...

Assalamualaikum...


Kadang kadang aku persoalkan kenapa jalan hidup aku macam ni...
Kadang kadang aku terfikir adakah orang lain pernah merasa atau berada di tempat aku sekarang...
Kadang kadang aku berkata diri aku ni membawa sial,malang dan yang sama waktu dengan nya...




Mungkin sebab sejarah hidup aku bukanlah sesuatu yang biasa.Entahlah,diri ini penat memikirkan tentang hidup,kawan,perasaan,keluarga.Penat sangat.Seolah-olah tiada pengakhiran.Setiap masa aku cuba membina kepercayaan,tapi seringkali kepercayaan itu musnah.dan kesannya adalah luka dalam.Tapi seringkali disimpan dan cuba melupakannya walaupun berkali kali dan akhirnya memakan diri.Seringkali aku cuba untuk menolong agar orang lain akan ada hidup yang lebih baik dan mereka tak akan merasa apa yang aku pernah rasa.Tapi seringkali itu jugalah aku balik yang dipersalahkan.Aku balik yang menerima cacian makian.HANYA AKU SEORANG.Bukan diri ini minta simpati tapi tak ada ke seorang pun yang boleh faham?Aku minta satu je,FAHAM diri aku.Tapi mustahil bukan?Aku pun bukanlah baik sangat.Aku mengumpat,memburukkan orang,cari gaduh,sakitkan hati orang.Aku mengaku aku buat semua tu.Tapi kenapa feedback yang aku dapat selalu akan lebih teruk dari orang lain?Sedangkan orang tersebut buat benda yang sama malah lagi teruk.ya,aku sedar diri ini hodoh,gemuk,hitam,bodoh,menjengkelkan dan macam2 lagi hinaan yang korang boleh tambah.Aku sedar diri wahai lelaki kacak,putih,kurus,kaya,tinggi dan juga perempuan cantik,kaya,kurus,putih,comel. *sape terasa* Seseorang yang aku tak tahu apa salah aku kat dia tapi tetap terus membenci dan apabila ditanya tidak tahu jawapannya.Apakah itu? Kenapa setiap kali aku sudah percaya pada seseorang kepercayaan itu akan dihancurkan?Mungkin jawapan paling senang aku pembawa sial.


Ya Allah,aku tahu Kau sedang menduga aku.Begitu hebat sekali.Bukanlah niat hambaMu ini untuk menyalahkanMu tapi ku mohon Ya Allah,Kau ringankanlah beban ini Ya Allah.sesunnguhnya hambaMu ini tidak cukup tabah Ya Allah.HambaMu ini amat lemah dan tidak mampu menerimanya sekaligus Ya Allah.
Hanya padaMu tempatku meminta pertolongan dan di bawah naunganMu aku berlindung.Amin.







Kawan, adalah orang yang paling aku rapat dalam dunia ni.Sebab 6tahun hidup aku adalah asrama.Tapi kerana kawanlah hidup aku jadi macam ni.Sering terluka,kecewa,menangis walaupun hakikat realitinya aku sendiri tahu.Tapi degil kan?So terimalah padahnya.


Buat masa ni orang yang masih aku percaya adalah Ummu Qani'ah,Amirah Azhani,Khuzaidatul Jannah,Amirah Zainal dan Nadia Ammeril.Aku tak tahu kalau aku hilang korang siapa yang 
boleh tolong aku.Terima kasih kawan.^__^

No comments:

Post a Comment