Friday, August 31, 2012

Berakhirnya Ogos

OGOS. Aku tak begitu pasti sama ada bulan ini bermakna atau tidak pada diriku. Oh pada negara sudah semestinya bermakna, nama pun Bulan Kemerdekaan. Urmm untuk tahun 2012 ni, ada lah sikit makna kat dalam hidup aku. Sebab Ogos ni menandakan aku akan tamatkan bulan madu 4 bulan bercuti dari 'Pelajaran Formal' dan juga harus tamatkan 'Kerjaya' aku. Seperti yang sedia maklum, sepanjang holiday ni aku telah menghambakan diri aku kat Restoran Atok Colonel. Hahaha atau lebih famous orang panggil KFC. Ekekekeke.. Okay tak lawak takpe tak yah gelak biar aku sorang je. *tibatiba*


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Dipendekkan cerita, aku nak cakap yang esok aku akan melangkah keluar dari rumah aku ni. Eh sapa kata aku nak lari rumah? Hang gila ka? Daku pergi bukan untuk bersuka ria, tetapi untuk meneruskan perjalananku menuntut ilmu walaupun tak sampai ke negara China. Ecehh China plak pergi nya kan. Aku bab merantau ni dah tak bagi apa-apa effect pun kat aku. Sebab sebelum ni nak dekat 3 tahun kann hidup di Johor sana. Sampai Abah ku pun berkata dah tak larat dah nak drive jauh-jauh. Aku pun bersyukur amat sangat dapat Shah Alam ni. Ada lah juga termasuk dalam impian aku time mohon Diploma dulu. Sebab yang Ijazah ni aku teringin sangat nak masuk UKM,tapi takdak rezeki.

haaa itulah yang keluar masa first time aku check result UiTM tu :)


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Apa kata kita rewind sikit masa dan kembali ke zaman Raya 2012. Pehh zaman tuu gaya macam dah lama dah raya tu. Padahal sekarang pun masih raya what? Bulan Syawal kan ada 30 hari dan hari ini merupakan 13 Syawal. Semalam 12 Syawal merupakan hari lahir seseorang tapi tak apa lah. Wish kat diri sendiri je lah yaa Encik AF. Oh raya ku tahun ini sungguh meriah dengan gambar. EH? Hahaha itu memanglah sebab dah ada handphone baru lagi bergaya kan. Pfftt dengan mereka-mereka yang ber-DSLR lah Canon lah apa lah. Tapi sungguh gembira sebab raya kali ni semua berkumpul kann wahai saudara-mara ku. Kecuali kakakku di Kulai sanaaa tak dapat pulang beraya. *awan mendung mood sedih* Nak cerita banyak malas cuma nak cakap raya kami yang betul2 lengkap adalah pada hari raya ke-8 iaitu pada hari pertunangan Nazirul, abang sepupu aku. Saksikanlah camwhore! 

Di pagi Syawal - Tok Pa with Danish and Dania n_n

Girlfriends in my family ^__^

My Big Biiigg Family XD

Welcome to our family Kak Syarifah ;)

 *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Okay now kita bergerak ke depan sikit for TC!'s reunion. Unfortunately only 6 out of 11 yang datang. Sedih kann. Bukan apa aku fikir nak jumpa sebab after this dekat Uni payah kot. Lagi-lagi yang merantau jauh-jauh tu macam Fatin Ain dah takde dah kat Semenanjung ni. Haihh tapi tetap gembira dapat jumpa yang berenam ni eventhough we not really spent the whole day together. And thanks a lot to my beloved cousin Ain Izz sebab teman me kann nak pergi Mid Valley ni. 



*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

And at the very last I want to tell you about KFC. Aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dengan KFC ni. Aku jadi tak kisah eventhough penat kerja OT bagai. Sebab semua orang yang aku kenal kat sini buat aku rasa gembira. Haishh payah kann.. Oh anda semua me gonna miss all of you like seriously! Nanti cuti sem aku masuk around bulan January camtu please laa yang sekarang nie semua ada jugak. Wuuuu T___T

Saya dapat sorang akok kat kfc ni :)



Sekian sudah cerita-ceritaku. Aku rasa buat masa ni ini je lah yang mampu. Sebab aku pun dah lama tak buat kerja burung hantu ni sebab dah tukar profesion jadi burung merpati pulak. EH? Hahaha hanya aku dan dia yang mengerti. n_n Till then, Assalamualaikum dan ByeBye.






















No comments:

Post a Comment